Biografi Yui (penyanyi)

Kehidupan awal

Yui dilahirkan di Fukuoka, Jepun. Associated Press melaporkan nama penuhnya ialah Yui Yoshioka.[6][7]

Dibesarkan oleh ibunya selepas ayahnya meninggalkan keluarga ketika beliau masih berumur tiga tahun. Beliau dibesarkan dengan muzik, mendengar radio, dan menyanyi. Semasa sekolah rendah, beliau merancang untuk menjadi penyanyi.[8] Beliau sangat pemalu dan sering mengelak dari bercakap dengan orang lain semasa kecil, sentiasa bermain di kaki gunung, tepi sungai, laut dan sawah padi secara bersendirian.[9]

Semasa tahun ketiga di sekolah rendah, ibunya menggalakkannya untuk menulis jurnal perasaan dan cuba menyusunnya menjadi puisi. Bermula sekolah menengah, beliau mula menulis lagu, lalu mengekspresikan dirinya sedikit demi sedikit.[9][10] Beliau juga bekerja sambilan di sebuah restoran Cina untuk membantu membiayai tuisyennya. Antara muzik, sekolah dan kerja, dia hanya mempunyai satu atau dua jam waktu tidur, dan tidak pernah terfikir untuk merealisasikan kerjaya impiannya melalui muzik ketika itu.[11] Akibatnya beliau jatuh sakit; sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital, menjadikannya membuat keputusan bahawa pelajaran dan muzik tidak boleh wujud bersama.[11]

Tidak lama selepas meninggalkan hospital, beliau mendapat peluang untuk melihat persembahan jalanan pertamanya.[11] Di akhir persembahan, beliau menyatakan keinginan untuk meneruskan kerjaya muzik, kepada kumpulan Bianco Nero, yang mengadakan persembahan ketika itu. Kumpulan tersebut menasihati Yui agar menyertai sekolah muzik swasta, juku. Namun, Yui membuat keputusan untuk berhenti dari sekolah menengah dan mula belajar bermain gitar dan menulis lagu melalui acara "Voice" di kelas khusus di kota kelahirannya, Fukuoka.[11][12] Nekad untuk menjadi seorang artis profesional, beliau membuat persembahan jalanan di setiap jalan-jalan di Stesen Tenjin Fukuoka. Persembahan jalanan ini membantu Yui mengatasi rasa malu.

Karier terawal

Kerjaya profesional muzik Yui bermula pada bulan Mac 2004 apabila guru muziknya mengesyorkan Yui agar menyertai ujibakat yang dikendalikan oleh Sony Music Japan.[13] Walaupun peserta dibenarkan menyampaikan dua buah lagu, beliau menyanyikan lagu "Why Me" (lagu ini kemudiannya dimuatkan dalam album debut oleh Sony Records Feel My Soul (lagu)), diikuti oleh "It's Happy Line," dan kemudian sebahagian daripada "I Know", dengan harapan hakim akan mendengar lagu ketiganya sehingga habis.[11]

Hakim kemudiannya memberikannya markah penuh.

Pada 24 Disember 2004, Yui menerbitkan single debutnya, "It's Happy Line", di bawah label Leaflet Records, bersama dengan lagu "I Know," dan menerbitkan hanya 2,000 salinan sahaja.

From Me to You (2005–2006)

Semasa menuju ke Tokyo meninggalkan kampungnya, Yui menulis lagu "Feel My Soul" sebagai penghargaan kepada kampung halamannya, Fukuoka. Pada mulanya beliau merancang menerbitkan lagu ini dari label indie, namun penerbit Fuji Television, Yamaguchi tertarik dengan suara Yui dan mengajak beliau menerbitkan lagu untuk drama Fukigen na Gene,[14] Muzik dari Fukigen na Gene adalah inspirasinya dari lagu-lagu "Feel My Soul" dan "It's Happy Line."

Pada 23 Februari 2005, Yui menerbitkan single debutnya "Feel My Soul". Disebabkan publisiti drama, "Feel My Soul" berjaya terjual 100,000 salinan dan mendapat tempat ke-8 carta Oricon. Tiga singlenya, "Tomorrow's Way" (lagu tema bagi filem Hinokio), "Life" (tema akhir ke-5 bagi anime Bleach), dan "Tokyo" tidak berjaya seperti "Feel My Soul". Yui kemudiannya menerbitkan album debutnya ini pada 22 Februari 2006, bertajuk From Me to You, yang hanya mendapat tempat keempat pada carta Oricon dan bertahan selama 121 minggu.[15]

Can't Buy My Love (2006–2007)

Yui muncul berlakon melalui filem Song of the Sun (Taiyou no uta, タイヨウのうた),[16] yang disiarkan pada 17 Jun 2006. Filem ini pernah ditayangkan pada Festival Filem 2006 Cannes.[17] Beliau mempunyai cara tersendiri membawa wataknya , seperti membayangkan perbualan tanpa skrip antara wataknya dan watak orang lain.[18][19] Yui menyertai Japan Academy Prize, memenangi Anugerah Pendatang Baru bagi Midnight Sun. Bersama filem tersebut, Yui menghasilkan single kelimanya "Good-bye Days," yang ditulis khas untuk filem berkenaan. Single tersebut laris, dengan lebih daripada 200,000 salinan terjual. Kesemua tiga lagu dari album singlenya dimuatkan dalam Midnight Sun. Dalam single tersebut juga dimuatkan semula lagu "It's Happy Line," dari singlenya terdahulu.

Single Yui seterusnya, "I Remember You", juga berjaya mengecapi populariti "Good-bye Days". Single ketujuhnya, "Rolling Star" dipilih sebagai tema pembukaan ke-5 bagi anime Bleach. Single kelapan, "Cherry" ada dimuatkan dalam iklan KDDI, iaitu Perkhidmatan Mobile.[petikan diperlukan]

Beliau kemudian menerbitkan album kedua Can't Buy My Love pada 4 April 2007. Album tersebut menduduki tempat pertama selama dua minggu pada carta Oricon, mengatasi rekod jualan album terdahulu dalam masa satu minggu. Can't Buy My Love berjaya terjual lebih 680,000 salinan. Disebabkan kejayaan Can't Buy My Love, album terdahulu Yui, From Me to You sekali lagi dimasukkan ke dalam carta, menambahkan bilangan 9,000 salinan menurut kiraan Oricon.[20]

I Loved Yesterday (2007–2008)

Yui menerbitkan single ke-9, "My Generation/Understand" pada 13 Jun 2007, iaitu single pertama double A-side. "My Generation" dipilih sebagai tema penutup drama TV Seito Shokun!, dan "Understand" dipilih sebagai lagu tema filem Dog in a Sidecar (サイドカーに犬),[21] (dibintangi oleh Yūko Takeuchi). Single ini mengungguli tempat pertama carta Mingguan Oricon pada minggu pertama ia diterbitkan.

Single kesepuluh, "Love & Truth" diterbitkan pada 26 September 2007. Ia menjadi lagu tema bagi filem Closed Note (クローズド・ノート) (dibintangi oleh Erika Sawajiri). Pada waktu itu, kedua-dua albumnya diterbitkan semula sebagai Edisi Winter Sleeve dengan muka album alternatif foto "Love & Truth". Konsert langsung DVD pertamanya Thank You My Teens diterbitkan pada 14 November 2007, yang mengandungi filem pendek dari jelajah konsert langsungnya.[22]

Pada 19 November 2007, Yui membuat persembahan terbuka di Nippon Budokan dan tiketnya habis terjual.[23] Konsert Budokan diatur seperti persembahan langsungnya semasa beliau mula-mula membuat persembahan jalanan di Fukuoka.[23]

Single kesebelas, "Namidairo", diterbitkan pada 27 Februari 2008.[24] Yui menggubah lagu tersebut supaya terdengar "misteri dan sedih" untuk dimuatkan ke dalam drama televisyen 4 Shimai Tantei Dan. Semasa proses penulisan lagu itu, beliau hanya menyatakan "I'm fine" bagi menenangkan situasi[25] Korus lagu itu ditulis tanpa sengaja semasa dinyanyikan oleh Yui.

Single kesebelas, "Laugh Away", diterbitkan bersama sebuah video promosi di mana lagu ini digunakan dalam iklan "Watering KissMint" oleh Glico. Kemudian "Laugh Away" diterbitkan dalam bentuk digital pada 10 Mac 2008.

Album studio ketiganya diterbitkan pada 9 April 2008 bertajuk I Loved Yesterday. Album tersebut terus mendapat tempat pertama Carta Mingguan Oricon dan terjual lebih daripada 400,000 salinan. Track ke-10 dari album ini, bertajuk "Oh Yeah", digunakan bagi tema rancangan televisyen pagi, Mezamashi TV, album versi edisi terhad disertakan dengan DVD yang mengandungi video muzik dari singlenya terdahulu serta filem-filem pendek dari persembahan langsungnya semasa di Nippon Budokan. Lagu-lagu dari album digubah berentak semi-balada dengan tema yang sama seperti dahulu.[26]

Persembahan jelajah Yui yang ketiga, digelar "Oui: I Loved Yesterday'" bermula pada bulan Mei 2008 dan berakhir hingga Julai.[27]

My Short Stories/Holidays in the Sun (2008–2010)

Pada 2 Julai 2008, Yui menerbitkan "Summer Song," sekali lagi menduduki tempat pertama Carta Mingguan Oricon.[28] "Summer Song" terjual 83,440 salinan dalam seminggu, menjadikan ia sebagai single kedua tertinggi terjual dalam masa seminggu selepas "Love & Truth."

Yui menerbitkan album kompilasi B-side, My Short Stories,[29] pada 12 November 2008, yang menduduki tempat pertama Carta Oricon. Album tersebut mengandungi kesemua track B-side dari kesemua singlenya, bersama lagu baru, "I'll Be."[30] Yui menjadi artis wanita kedua dengan kompilasi album B-side mengungguli carta, selepas Touch Me oleh Seiko Matsuda pada 1984. Album kompilasi terakhir yang mencapai tempat pertama ialah Mr. Children B-Side pada Mei 2007. Melalui kejayaan "My Short Stories", penjualan album pertamanya, From Me to You meningkat sekali lagi.

Melalui blog entrinya "Yui Diary" pada 29 Ogos 2008, Yui menyatakan hasratnya menangguhkan sementara kemunculannya di hadapan umum dan ingin menumpukan perhatian kepada perancangan untuk tahun seterusnya. Dalam masa tersebut beliau menulis untuk lagu "I Do It" bersama kumpulan muzik wanita Okinawa, Stereopony. Lagu tersebut menjadi single ketiga Stereopony pada 22 April 2009.[31]

Yui muncul semula pada 25 Mac 2009 melalui laman rasminya dengan single terbaharu bertajuk "Again." Lagu ini dipilih bagi tema pembukaan musim baru anime Fullmetal Alchemist: Brotherhood, yang ditayangkan pada 5 April 2009. Single ini diterbitkan pada 3 Jun 2009.[32] "Again" disenaraikan dalam carta teratas Oricon dan terjual lebih daripada 110,000 salinan semasa minggu pertamanya pada 2009.[33]

Laman Web, Yui-net.com mengumumkan penerbitan single double-A side kedua bertajuk "It's All Too Much/Never Say Die" pada 27 Julai 2009. Dua lagu dimuatkan dalam filem adaptasi manga Kaiji.[34] Single tersebut diterbitkan pada 7 Oktober 2009 dan Kaiji ditayangkan pada 10 Oktober 2009. Single itu menduduki tempat pertama, terjual lebih 75,000 salinan pada minggu pertama. Pada 20 Januari 2010, Yui menerbitkan "Gloria", dan terjual lebih 80,000 salinan pada minggu pertama serta menduduki carta teratas Oricon.[35] Single beliau yang seterusnya, "To Mother," diterbitkan pada 2 Jun 2010, sekali lagi mengungguli carta.[36]

Pada 14 Julai 2010, Yui menerbitkan album studio keempat Holidays in the Sun, yang mengandungi lagu "Summer Song" dan "To Mother". Album ini juga menjadi album keempatnya dalam senarai carta teratas Oricon. Ia terjual lebih 300,000 salinan dan dianugerahkan sebagai Platinum.[37][38]

How Crazy Your Love (2010–2013)

Singlenya, "Rain" diterbitkan pada 24 November 2010, [39] dan menerbitkan double-A side, "It's My Life/Your Heaven," pada 26 Januari 2011. Yui kemudian ke Sweden bagi penggambaran video muzik "Your Heaven", yang juga mengandungi filem-filem pendek berkenaan dirinya melawat ke pelbagai tempat di Sweden.[40]

DVD jelajah Yui, Holidays in the Sun diterbitkan pada 9 Mac. Single terbaharunya, "Hello (Paradise Kiss)", diterbitkan pada 1 Jun 2011, A-side dan B-side menjadi lagu tema pembukaan dan penutup bagi filem aksi "Paradise Kiss." Pada 16 Jun 2011, Yui ke Hong Kong mengadakan konsert antarabangsa di AsiaWorld-Expo Arena, di hadapan 14,000 penonton.[41]

Yui melawat sekolah yang dilanda musibah Gempa bumi Tōhoku dan tsunami 2011 pada 7 Julai 2011, bagi mengadakan konsert amal. Singlenya "Green a.Live" menyatakan emosi dan perasaaannya terhadap peristiwa tersebut, telah disiarkan pada 5 Oktober 2011.[42] Ia telah disiarkan awal melalui rancangan radio Tokyo FM School of Lock pada 22 Ogos.[43] "Green a.Live" menduduki carta teratas, dan menjadi single pertamanya sejak "To Mother."

Pada 2 November 2011, Yui menerbitkan album kelimanya, How Crazy Your Love. Album tersebut berada pada carta teratas, dan terjual 50,000 salinan pada hari pertama terbitannya. Ia kemudiannya mendapat tempat pertama pada carta mingguan – menjadikan How Crazy Your Love sebagai album kelima mencapai tempat pertama dalam masa seminggu.[44][45] Beliau memulakan jelajah kelimanya pada 11 November 2011 untuk mempromosikan album terkininya ketika itu.[46][47]

Single Yui yang seterusnya diumumkan melalui penyertaannya pada Ncon (Nコン), iaitu sebuah pertandingan muzikal nasional.[48] Yui terpilih untuk menggubah lagu bagi kategori sekolah menengah. Lagu tersebut kemudiannya diberi tajuk "fight" pada R no Housoku (Rの法則), dan diterbitkan pada 5 September 2012.[49]

Melalui video yang dimuatnaik menerusi saluran rasmi Vevo Yui pada 18 Disember 2012, beliau mengumumkan untuk berhenti daripada meneruskan karier muziknya. Beliau mnerangkan bahawa "...Yui sangat berharga dan istimewa baginya, jadi saya ingin meninggalkannya buat sementara waktu." Bagi peminat, katanya, "Sebenarnya, antara sebab untuk saya muncul semula adalah disebabkan oleh peminat. Sebab ketara adalah saya tidak mahu mereka melihat saya berpatah hati, andainya ia berlaku ."[50]

Flower Flower (2013–kini)

Yui kembali menyanyi semula bersama sebuah kumpulan muzik, Flower Flower, yang mengadakan persembahan di seluruh Jepun.[51] Kumpulan ini telah menerbitkan empat single digital Jepun; "Tsuki (月)," "Kamisama (神様)," "Natsu/Aki (夏/秋)" dan "Subarashii Sekai (素晴らしい世界)". Pada 27 Mac 2014, Yui menyatakan dalam blog kumpulan muziknya bahawa beliau menderita kecelaruan panik, yang menyebabkan dia terpaksa membatalkan beberapa persembahan.[52][53] Walau bagaimanapun kumpulan tersebut tetap menerbitkan album studio pertamanya, Mi (実) pada 26 November 2014.[54] Album tersebut mendapat tempat ke-5 menerusi Carta Mingguan Oricon selama 11 minggu.[54]

Pada 17 April 2015, Yui mengumumkan melalui blog rasmi kumpulan bahawa beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki bukan dari kalangan artis dan sedang mengandung.[55] Pada bulan Ogos 2015, Yui telah melahirkan bayi lelaki kembar .[56]

Flower Flower menerbitkan single, "Takaramono (宝物)," pada 9 September 2016, yang menduduki tempat ke-10 dan kekal dalam carta selama lima minggu .[57] Ketika membicarakan mengenai single tersebut, hampir setahun setengah selepas projek, Yui menyatakan: "Saya tidak terfikir untuk menghasilkan lagu lagi, tapi sejujurnya saya berpuas hati yang saya mampu lakukan."[58][59]

Pada musim panas 2017, Flower Flower muncul dalam pelbagai festival, termasuklah di Rock in Japan Festival 2017 dan Summer Sonic 2017, menyebabkan muncul spekulasi menyatakan kumpulan tersebut akan menghasilkan single terbaharu.[60] Dalam beberapa siri konsert di Osaka and Tokyo, kumpulan tersebut mengumumkan mereka akan menerbitkan "Mannequin (マネキン)" pada 2 Ogos 2017.[60] Dalam temuramah yang didedahkan oleh laman web rasmi kumpulan, Yui menyatakan yang lagu berkenaan dikategorikan sebagai lagu "summer" Pop rock song, yang mempunyai elemen seperti pop, namun semasa penghasilan dan rakaman, lagu tersebut lebih cenderung ke arah hard rock.[61] Apabila membandingkan single dengan B-side, "Drama (ドラマ)," Yui yakin dengan meletakkan elemen yang keras, dan lagu ke arah kebaratan dalam single "Mannequin" adalah sejajar dengan "Drama", dan ini dilihat lebih seimbang.[61]

Pada 11 November 2017, Yui melaporkan kepada media yang beliau telah bercerai dengan suaminya pada penghujung Ogos 2017,[62] dan mendapat hak penjagaan terhadap anak-anak yang dilahirkannya. [63]

Flower Flower menerbitkan album studio keduanya, "Spotlight (スポットライト)," pada 14 Mac 2018.[64] Spotlight diterbitkan dua setengah tahun selepas album Flower Flower terdahulu, Mi, tetapi mengandungi lagu-lagu yang dihasilkan semasa persembahan-persembahan langsung mereka yang terdahulu.[65]

Rujukan

WikiPedia: Yui (penyanyi) http://www.afachan.asia/2014/03/jpop-yui-diagnosed... http://www.j-station.com.br/index.php/2011/01/conf... http://www.yui-net.cc/yuitour2008/index.html http://www.allmusic.com/album/i-loved-yesterday-r1... http://www.allmusic.com/artist/p880417 http://www.animenewsnetwork.com http://aramajapan.com/news/yui-has-given-birth/210... http://www.billboard-japan.com/goods/detail/275350 http://world-of-yui.blogspot.com/2007/12/new-yui-s... http://abcnews.go.com/Entertainment/wireStory?id=1...